fbpx

Cuaca buruk di Johor, Sabah malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) melaporkan hujan lebat serta ribut petir sedang melanda beberapa kawasan sekitar Johor dan Sabah ketika ini.

MetMalaysia dalam kenyataan di Facebook memaklumkan, cuaca buruk tersebut dijangka berterusan sehingga pukul 9 malam nanti.

“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di Tangkak, Johor serta beberapa bahagian negeri Sabah seperti Sandakan (Telupid dan Beluran),” katanya.

Sehubungan itu, MetMalaysia turut mengeluarkan amaran ribut petir bagi kawasan yang terlibat sepanjang tempoh sama.

Jelas kenyataan itu, amaran tersebut dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI