PETALING JAYA – Rata-rata orang ramai menyifatkan aksi seorang pempengaruh media sosial mencelup kepalanya ke dalam air balang di sebuah bazar Aidilfitri sebagai satu perkara yang tidak bermoral.
Sehubungan itu, tindakan lelaki yang berpakaian seperti wanita itu mendapat kecaman teruk daripada kalangan pengguna media sosial.
Menerusi sebuah rakaman yang tular, mereka dikatakan sedang bergurau antara satu sama lain, namun ramai yang tidak bersetuju dengan gurauan sedemikian.
“Nak bergurau bukan dengan makanan atau minuman, itu rezeki, kau buat ‘content’ (kandungan) macam ini, sama macam kau hina rezeki,” tegur Laila.
“Kenapa dia buat macam itu, teh ais tu penuh balang lagi, kalau dah tak habis berniaga, masih boleh kongsi dan sedekah kepada orang ramai, sedih bila lihat orang tak hargai rezeki Allah semata-mara untuk konten,” luah seorang pengguna lain.
“Lalu pula seorang lagi tu nak minum, buatnya rambut kawan tu berkutu, penuh satu cawan teh ais,” seloroh Yazid. – KOSMO! ONLINE