fbpx

Pantau bekalan sepanjang musim panas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad (tiga kiri) melihat sendiri kualiti cendawan yang dijual di Jualan Agro Madani di Kampung Johan Setia, Klang, hari ini. - Foto oleh FARIZ RUSADIO/ KOSMO!

KLANG – Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS) memantau bekalan hasil pertanian, penternakan dan hasil laut susulan cuaca panas di seluruh negara ketika ini.

Menterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, kakitangan semua agensi di bawah kementerian tersebut turun padang bagi memastikan stok bekalan hasil makanan mencukupi.

“Pemantauan ini memang kita lakukan secara harian. Insya-Allah, bekalan makanan di negara ini mencukupi (walaupun dilanda fenomena cuaca panas),” katanya selepas merasmikan program Jualan Agro Madani peringkat kebangsaan di Kampung Johan Setia di sini, hari ini.

Semalam, Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad memaklumkan negara dijangka mengalami cuaca panas berpanjangan di utara dan Pantai Timur sehingga Ogos susulan musim peralihan monsun.

Dalam pada itu, Mohamad Sabu memaklumkan, kerajaan bersedia untuk mengimport bekalan makanan sekiranya berlaku kekurangan akibat fenomena tersebut.

“Cuaca panas ini bukan sahaja berlaku di Malaysia, tapi di Amerika Syarikat (AS) dan Kanada. Jadi, kementerian akan melakukan pelbagai usaha bagi memastikan bekalan mencukupi terutama pada musim Aidilfitri ini,” tegasnya. – KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI