fbpx

Bakar mercun tengah jalan MRR2 undang kecaman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar memaparkan individu yang tidak bertanggungjawab membakar mercun di atas lebuh raya.

PETALING JAYA – Tindakan seorang lelaki membakar mercun di tengah Lebuh Raya Lingkaran Tengah (MRR2) berhampiran Tesco Ampang mengundang kecaman orang ramai.

Menerusi perkongsian video tular di Twitter Bukan Dr. Rapidah, memaparkan bunga api itu dibakar individu tidak bertanggungjawab yang jelas membahayakan kenderaan lain yang menggunakan lebuh raya berkenaan.

“Bahaya gila! buatnya tersambar percikan bunga api itu dekat kereta ke apa, boleh meletup dekat situ,” kata pemilik akaun di kapsyen.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata orang ramai amat risau dengan kejadian itu dan memikirkan kemungkinan akibat yang akan terjadi jika perbuatan itu diteruskan.

“Kalaulah jatuh pada lori minyak, tak tahu nak bayangkan macam mana kesan dekat kenderaan atas jalan tu. Mestilah kena tempias sebab orang macam ni terlalu ‘bijaksana’ sangat main mercun dekat tempat-tempat macam ni,” komen Nelly.

“Mercun jenis ini, mana boleh main kat tempat macam ini, kena dekat tempat lapang. Boleh rosak atap kereta atau rumah kalau terkena baki-baki belerang tu,” ujar D.Wong.

“Nak ‘content’ (kandungan) sahaja ini, cuba Polis Diraja Malaysia (PDRM) siasat mamat ini, tak tahu apa masalah dia main bunga api dekat highway (lebuh raya),” seloroh Faizal. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI