fbpx

50 kanopi Bazar Ramadan Ajil diterbangkan ribut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Salah seorang peniaga membetulkan kanopinya yang diterbangkan ribut di Bazar Ramadan Ajil, Hulu Terengganu hari ini.

HULU TERENGGANU – Kira-kira 50 kanopi peniaga Bazar Ramadan Ajil di sini diterbangkan ribut dalam kejadian kira-kira 1.30 petang tadi menyebabkan sebahagian peniaga tidak dapat menjalankan perniagaan mereka hari ini.

Seorang peniaga minuman, Mohd Kamarul Razman Maimanaf, 34, berkata, sewaktu kejadian, dia sedang sibuk membuat persiapan jualan di rumahnya di Kampung Kuala Por, kira-kira 13 kilometer dari bazar Ramadan berkenaan.

“Saya bergegas ke lokasi kejadian sebaik mendapat maklumat tentang kejadian ribut berkenaan. Terkejut saya apabila mendapati kanopi dan beberapa peralatan berniaga turut rosak,” katanya ketika ditemui Kosmo! di sini hari ini.

Dia yang sudah berniaga di bazar Ramadan sejak 10 tahun lalu mendakwa kerugian lebih RM500 ekoran sudah membancuh sebahagian air minuman yang sepatutnya dijual.

Seorang lagi peniaga bazar, Maizon Mokhtar, 52, pula bersyukur kanopinya masih boleh digunakan walaupun telah diterbangkan angin sejauh lebih lima meter.

“Syukur pekerja Majlis Daerah Hulu Terengganu banyak membantu membetulkan semula kanopi bagi membolehkan saya berniaga hari ini. Begitupun saya hanya sempat menyediakan enam lauk untuk dijual berbanding 20 lauk,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN