fbpx

Wanita menangis atas jambatan kerana keputusan mahkamah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video dimuat naik di TikTok memaparkan wanita itu duduk di atas Jambatan Wawasan untuk menenangkan diri semalam. FOTO IHSAN MEDIA SOSIAL

PUTRAJAYA- Seorang wanita tular dalam video TikTok kerana duduk dalam keadaan menangis di atas Jambatan Wawasan, Presint 2 di sini semalam dilaporkan mengalami tekanan perasaan kerana keputusan mahkamah bagi tuntutan kes sivil tidak berpihak kepadanya.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz berkata, difahamkan, tindakan wanita itu duduk di atas jambatan kerana mahu menenangkan perasaan ekoran keputusan mahkamah tidak berpihak kepadanya.

“Polis mengesan satu hantaran TikTok menerusi akaun Edywoo mengenai seorang wanita berada di atas jambatan dalam keadaan menangis dan mencurigakan semalam.

“Bertindak atas maklumat selepas menerima panggilan kecemasan daripada orang ramai, Unit Kereta Peronda Polis (MPV) bergerak ke lokasi dan membawa wanita berkenaan ke Balai polis Presint 7 untuk siasatan lanjut.

“Hasil siasatan mendapati wanita itu yang juga suri rumah berusia 30-an pergi ke jambatan terbabit kira-kira 11 pagi semalam,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, soal siasat terhadap mangsa mendapati wanita itu mengalami tekanan kerana perlu membayar sejumlah wang ekoran keputusan dibuat mahkamah.

“Siasatan juga mendapati tujuan wanita berkenaan berada di jambatan bukan berniat untuk membunuh diri sebaliknya hanya mahu menenangkan perasaan.

“Pihak keluarga wanita itu dipanggil untuk membantu siasatan dan dia sudah dirujuk ke Hospital Putrajaya untuk menerima rawatan lanjut,” katanya.

Susulan itu, A Asmadi menasihatkan orang awam supaya tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kejadian itu dan berhubung dengan pihak berkuasa sekiranya mempunyai sebarang masalah serta tidak mengambil tindakan melulu.

Katanya, sebarang maklumat mengenai kes jenayah di daerah ini boleh hubungi talian 03-88862222/2145. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI