fbpx

Wanita belanja RM100,000 setahun bela 4 arnab gergasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gemma Mead membelanjakan RM92,966 setahun untuk menjaga empat ekor arnab gergasi peliharaanya di Hampshire, England. - Foto Caters

LONDON  –  Seorang pemilik haiwan peliharaan yang setia membelanjakan £17,000 (RM92,966) setahun untuk menjaga empat ekor arnab gergasinya, lapor portal berita The Sun semalam.

Gemma Mead, 39, hanya memakai pakaian terpakai dan jarang mengunjungi pub semata-mata mahu menjimatkan wang. Wang itu digunakan membeli makanan haiwan kesayangannya itu.

Dia memelihara arnab yang diberi nama Emma dan Captain Hook, berusia dua tahun dengan kedua-duanya mempunyai berat sekitar 10 kilogram.

Seekor lagi arnabnya, Garfield berusia empat tahun memiliki berat lebih 6 kilogram, manakala Chelsea yang berusia sembilan tahun mencatat berat kira-kira  4 kilogram.

Keempat-empat ekor arnab itu makan terlalu banyak sehinggakan perbelanjaan Mead melambung tinggi, menyebabkannya dia terpaksa berhemah dalam berbelanja.

Dia tidak lagi boleh membeli pakaian, perabot dan bekalan lain

Mead yang merupakan pekerja salun kecantikan di Hampshire, England berkata: “Saya tidak kerap keluar minum atau bersosial. Saya jarang ke pub. Kami bertuah kerana tinggal di kawasan luar bandar jadi pada hujung minggu, saya melakukan aktiviti riadah seperti berjalan kaki, meneroka kawasan luar dan menangkap katak dan ikan bersama anak perempuan saya.

“Berseronok tidak perlu mengeluarkan wang. Saya juga bijak membeli-belah dan hanya membeli apa yang diperlukan,” katanya. – Agensi 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI