fbpx

Suami isteri ditahan bawa lebih 5 kilogram ganja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
gambar hiasan

GERIK – Sepasang suami isteri ditahan polis di Pengkalan Hulu ketika dalam perjalanan ke Kedah membawa bekalan dadah disyaki ganja seberat lebih lima kilogram (kg), semalam.

Kedua-dua suspek berusia 34 dan 35 tahun itu ditahan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pengkalan Hulu di sekatan jalan raya (SJR) Bukit Berapit di sini pada pukul 1 petang.

Ketua Polis Daerah Pengkalan Hulu, Deputi Superintenden Zulkepli Ibrahim berkata, penahanan itu dibuat selepas pemeriksaan dijalankan ke atas kereta jenis Perodua Viva dinaiki pasangan terbabit telah menemui lima ketulan mampat daun-daun kering disyaki dadah jenis ganja.

“Pemeriksaan lanjut turut menemukan satu peket plastik lutsinar berisi daun kering disyaki ganja seberat 7.29 gram di poket belakang seluar dipakai lelaki terbabit.

“Nilai rampasan keseluruhan dadah itu dianggarkan berjumlah RM15,500 dan dibawa masuk ke Malaysia untuk edaran pasaran tempatan di Kedah,” katanya dalam kenyataannya di sini hari ini.

Menurut beliau, pasangan suami isteri itu dipercayai masuk ke negara ini dari Thailand pada waktu solat Jumaat bagi mengalihkan perhatian pihak polis.

Katanya, hasil ujian saringan air kencing mendapati, suspek lelaki yang bekerja sebagai buruh itu positif dadah selain memiliki rekod lampau di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri.

“Kedua-dua suspek direman tujuh hari sehingga Jumaat depan untuk siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI