fbpx

Remaja OKU dakwa dirogol pengawal keselamatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SEREMBAN – Seorang remaja perempuan yang juga orang kelainan upaya (OKU) masalah pendengaran berusia 16 tahun didakwa telah dicabul oleh seorang pengawal keselamatan di sebuah pangsapuri di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Abdul Malik Hasim berkata, siasatan awal mendapati kejadian pada pukul 4 petang itu berlaku ketika mangsa sedang berbual dengan rakannya di hadapan lif telah didatangi oleh seorang lelaki yang merupakan pengawal keselamatan di pangsapuri tersebut.

“Pengawal keselamatan tersebut telah menyuruh rakan mangsa pulang ke rumah dan seterusnya dia telah menghantar mangsa pulang ke rumahnya.

“Dalam perjalanan pulang ke rumah, suspek telah memegang beberapa bahagian tubuh badan mangsa serta meminta mangsa untuk mencium pipi suspek,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Abdul Malik berkata, mangsa yang ketakutan kemudiannya telah lari pulang ke rumah dan seterusnya datang ke Balai Polis Nilai untuk membuat laporan polis.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan siasatan lanjut masih diteruskan,” katanya.

Sementara itu bapa mangsa berusia 44 tahun yang tidak mahu dikenali berkata, kejadian itu membuatkan anaknya mengalami trauma dan berharap suspek dapat ditahan segera serta dikenakan tindakan sewajarnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI