fbpx

PRN: BN,PH selesai bahagi 80 peratus kerusi di enam negeri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Asyraf Wajdi semasa berucap pada Majlis Make Colek Bersama Kemudi di Ayang Cafe, Kota Bharu malam tadi. FOTO KAMARUL BISMI KAMARUZZAMAN

KOTA BHARU – Kerajaan Perpaduan yang terdiri daripada Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) sudah 80 peratus selesai mengagihkan kerusi di enam buah negeri yang terlibat Pilihan Raya Negeri (PRN).

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, baki 20 peratus pengagihan kerusi di negeri-negeri terbabit ketika ini memerlukan perincian yang lebih sebelum ia dimuktamadkan.

Menurutnya, secara umumnya, tiada masalah besar yang berlaku dalam pembahagian kerusi di enam buah negeri itu apabila proses rundingan antara BN dan PH berlangsung dalam suasana harmoni.

“Setakat ini, proses pengagihan kerusi gabungan Kerajaan Perpaduan sudah 80 peratus selesai.

“Meskipun kali pertama bekerjasama (BN dan PH), segala rundingan berjalan secara harmoni dan positif apabila semua pihak sentiasa bersikap terbuka dalam membuat keputusan,” pada sidang akhbar selepas Majlis Make Colek Bersama Kelab Media Kelantan Darul Naim (Kemudi) di Ayang Cafe di sini semalam.

Mengulas lanjut, Asyraf Wajdi memberitahu, Sekretariat Kerajaan Perpaduan melalui Jawatankuasa Pilihan Raya turut menetapkan lima parameter sebagai persediaan untuk berdepan PRN

“Objektif khusus untuk Kelantan adalah memastikan lebih banyak kerusi dimenangi oleh gabungan PH dan BN. Tujuan paling utama adalah untuk memastikan kerajaan negeri tidak memandang enteng harapan rakyat,” katanya – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI