fbpx

Piala FA: Selangor tidak mahu berputih mata

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Selangor perlu memanfaatkan aksi di laman sendiri untuk membenam Sri Pahang malam ini dan terus melangkah pada saingan Piala FA kali ini.

JURULATIH Selangor FC, Tan Cheng Hoe menyeru agar barisan pemain waspada dengan ancaman yang boleh diberikan oleh pasukan Sri Pahang menjelang aksi pusingan kedua Piala FA di Stadium Majlis Bandaraya Peta­ling Jaya malam ini.

Menurut Cheng Hoe, apabila saingan sudah memasuki kelompok 16 pasukan terbaik sudah tentu bertambah sukar dengan saingan yang bakal diberikan skuad Tok Gajah nanti juga dijang­ka sengit.

“Pusingan 16 terbaik ini saya jangkakan fasa yang sukar khususnya apabila diundi bertemu Sri Pahang. Kita tahu kualiti yang ada pada pada mereka yang tidak tewas lagi dalam kancah Liga Super musim ini.

“Saya juga ada melakukan analisa mengenai perlawanan pasukan lawan yang mana pada dua aksi terakhir mereka berjaya menang meskipun tidak menja­ringkan gol dengan banyak.

“Mengenai persiapan pasukan, semua pemain kami sudah bersedia untuk diturunkan ke­cuali Noor Al-Rawabdeh, Sharul Nazeem Zulpakar dan Alex Agyarkwa yang mengalami kece­deraan baru-baru ini dan belum cergas sepenuhnya,” katanya.

Sementara itu, Cheng Hoe mengakui misi ke Asia tetap menjadi matlamat utama skuad Gergasi Merah dengan salah satu platform untuk layak adalah de­ngan menjuarai saingan Piala FA musim ini.

“Kita tahu sasaran penyokong yang dahagakan Selangor berjaya di peringkat Asia.

“Itulah satu cabaran dan motivasi untuk saya bawa pasukan ke satu tahap lain. Namun, kita perlu realistik dengan sasaran dan buat masa ini lebih baik fokus dari satu perlawanan ke satu perlawanan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI