fbpx

Persiapan terakhir Malaysian Tigress

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SKUAD negara akan beraksi pada kejohanan jemputan di China sebagai persiapan terakhir sebelum ke temasya Sukan SEA Kemboja bulan depan.

SKUAD hoki wanita kebangsaan kini memasuki fasa persiapan terakhir sebelum ke Sukan SEA Kemboja 2023 di Phnom Penh bulan depan apabila dijadualkan menyertai Kejohanan Jemputan Antarabangsa di Wilayah Jiangsu,­ China.

Malaysian Tigress berangkat ke Wilayah Jiangsu awal pagi tadi bagi menguji keupayaan mereka menentang tiga pasukan kelab China yang berlangsung di Pusat Latihan Hoki Wujin sehingga 27 April ini.

Ia bermakna para pemain dan barisan kejurulatihan terpaksa mengorbankan sambutan Hari Raya Aidilfitri dijadualkan pada 22 April ini semata-mata mahu memastikan pingat emas Sukan SEA Kemboja 2023 menjadi milik negara.

Ketua jurulatih skuad wanita, Mohd. Nasihin Nubli Ibrahim berkata, kejohanan jemputan itu perlu digunakan sebaiknya oleh para pemain untuk memper­kemas dan memperbaiki kelemahan serta membentuk keserasian yang lebih baik.

“Ini adalah medan terbaik menimba pengalaman dan me­ningkatkan keserasian dalam kalangan pemain sebagai persiapan terakhir bagi merealisasikan sasaran mempertahankan pingat emas sewaktu edisi 2017 di Kuala Lumpur,” katanya.

Biarpun memegang status gergasi hoki wanita di rantau Asia Tenggara, tetapi Nasihin enggan memandang rendah keupayaan negara-negara lain pada saingan di Padang Hoki Morodok Techno bermula 9 Mei ini.

Sehubungan itu, Nasihin mem­berikan peluang kepada dua pemain muda daripada skuad Young Tigress untuk membuat debut bersama pasukan senior iaitu Nur Nabila Alia Yussaini, 21, dan Azmyra Mia Sofea Azhairy, 19.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI