fbpx

[VIDEO] Perkeso terbit video ‘Bangkit Raya’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Iklan “Bangkit Raya” boleh ditonton menerusi saluran YouTube serta media sosial rasmi Perkeso.

PETALING JAYA – Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) buat julung kali menerbitkan video iklan raya bertajuk “Bangkit Raya” sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

Iklan raya yang mengangkat semangat ‘kebangkitan’ sebagai tema itu membawa pelbagai nasihat tentang kepentingan perlindungan keselamatan sosial buat diri dan keluarga.

Mesej mengenai tanggungjawab dan kekeluargaan menerusi iklan raya tersebut disampaikan menerusi jalan cerita yang santai serta diselangi unsur komedi.

Ketua Pegawai Komunikasi dan Hal Ehwal Korporat Perkeso, Roshaimi Mat Rosely berkata, video iklan “Bangkit Raya” mengisahkan semangat kebangkitan seorang penganggur bernama Ayie.

“Beliau asalnya bersikap berat tulang namun setelah kehilangan ayah tercinta, Ayie sedar
akan tanggungjawab yang harus dipikul oleh beliau.

“Ayie bangkit meneruskan legasi perniagaan kuih bangkit keluarga yang selama ini menjadi punca pendapatan utama keluarga mereka,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Roshaimi berkata, video iklan raya itu bukan sekadar ingin menonjolkan semangat kekeluargaan sempena hari raya yang bakal menjelang.

Menurut beliau, “Bangkit Raya” turut mengangkat maksud bangkit iaitu satu perkataan keramat yang boleh mengubah nasib seseorang sekiranya individu tersebut mampu mengubah cara berfikir, mengambil tindakan proaktif demi mencapai matlamat yang diingini berbekalkan sistem sokongan yang baik.

” Selaras tema Perkeso tahun 2023 iaitu ‘Tahun Kebangkitan’, video iklan raya ini juga melambangkan matlamat utama Perkeso yang sentiasa bersedia dalam memberi perlindungan dan bantuan kepada pencarum untuk bangkit daripada sebarang musibah dihadapi.

“Video “Bangkit Raya” dapat ditonton di saluran YouTube serta media sosial rasmi Perkeso,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI