SEKIRANYA anda peminat pelakon Thailand, Chutimon Chuengcharoensukying, pasti filem lakonan terbaharunya berjudul Hunger bakal membuatkan ‘jiwa’ rasa kelaparan.
Hunger mengisahkan Aoy lakonan Chutimon yang ditawarkan menjadi tukang masak junior di sebuah restoran ternama milik Cef Paul (Nopachai Chaiyanam).
Sejak bekerja di premis tersebut, Aoy mula merasakan kewujudan sistem hierarki yang kotor dan permainan politik dalam bidang masakan yang tidak pernah disedari oleh dunia luar.
Pelbagai cabaran diambil oleh Aoy bagi membuktikan kemampuannya sebagai seorang cef malah memberi sepenuh kecintaan setiap kali menghasilkan hidangan agar dapat dinikmati oleh pelanggannya.
Naskhah arahan Sitisiri Mongkolsiri yang berdurasi dua jam 10 minit tersebut kini menduduki carta 10 filem paling popular dalam Netflix.