fbpx

Penduduk kecoh anak kambing lahir bermata satu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anak kambing berwajah aneh di Klaten. - Detik

JAKARTA – Kelahiran seekor anak kambing bermata satu mengejutkan penduduk sebuah kampung di bandar Klaten, wilayah Jawa Tengah, lapor laman berita Detik semalam.

Pemilik kambing tersebut, Muhammad Sadat berkata, anak kambing itu dilahirkan pada 11 April lalu.

“Tiada tanda-tanda aneh sebelum ini. Kandungan induknya juga normal semasa usia kehamilan empat hingga lima bulan dan ketika lahir, ia boleh berdiri seperti biasa,” katanya.

Kelahiran anak kambing itu mengejutkan penduduk setempat yang ingin memastikan kebenaran berita tersebut. Begitu juga dengan seorang lelaki bernama  Ngatman yang sanggup datang semata-mata mahu melihat anak kambing tersebut.

“Mukanya seperti monyet. Mulutnya naik dan matanya rapat,” kata Ngatman.

Seorang lagi penduduk, Irwan berkata, secara umumnya tiada apa yang pelik mengenai tubuh anak kambing itu. Ia juga boleh berjalan seperti biasa.

Bagaimanapun, anak kambing itu akhirnya mati dan dikebumikan di hujung kampung.

“Kambing itu akhirnya mati selepas saya menjaganya sepanjang hari. Saya menanamnya,” kata Sadat. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI