fbpx

Pelayan masukkan darah sendiri dalam minuman pelanggan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kafe Mondaiji Con Daku terkenal dengan menu minum sepuasnya dengan bayaran 2,500 yen (RM82) sejam. - Shutterstock/ Nykonchuk Oleksii

TOKYO – Seorang pelayan wanita di Jepun dipecat selepas dia didapati mencampurkan darahnya sendiri ke dalam minuman pelanggan, lapor portal berita MailOnline.

Awal bulan ini, Kafe Mondaiji Con Daku di Sapporo, Hokkaido memohon maaf atas tindakan kakitangannya dan mengumumkan pemecatan pelayan itu di laman Twitter.

Kafe itu popular dengan menu minum sampai puas dengan bayaran cuma 2,500 yen (RM82) sejam.

Pemilik Kafe Mondaiji Con Daku berkata, kedai itu akan ditutup sementara mereka menggantikan setiap gelas minuman.

“Kami akan mengupah kontraktor untuk membersihkan kedai, menukar gelas dan membuang minuman beralkohol yang mungkin telah tercemar.

“Sekali lagi, saya sangat menyesal kerana telah menimbulkan masalah kali ini,” kata Daku dalam kenyataannya di Twitter.

Berikutan kejadian itu, seorang doktor memberi amaran bahawa perbuatan meminum darah orang lain adalah sangat berbahaya.

Bercakap kepada laman berita Flash, Dr. Zento Kitao memberi amaran bahawa sesiapa yang telah mengunjungi kafe itu harus berjumpa doktor dan mengambil ujian darah.

“Kes orang dijangkiti daripada meminum darah orang lain jarang berlaku tetapi penyakit utama boleh disebarkan melalui darah termasuk HIV, Hepatitis C, Hepatitis B dan sifilis,” katanya. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI