fbpx

‘No komen, biar Menteri Besar jawab’ – Rizam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rizam Ismail (dua kanan) menyerahkan sumbangan kepada wakil penerima pada program itu di Sabak Bernam, Selangor, hari ini.

SABAK BERNAM – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Air Tawar, Datuk Rizam Ismail enggan mengulas kedudukannya sebagai Ketua Pembangkang susulan usul dibangkitkan pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor bulan lalu.

Menurut Ketua UMNO Bahagian Sabak Bernam itu, beliau tidak mahu membuat sebarang komen lanjut mengenai perkara itu termasuk berkaitan surat peletakan jawatan.

“Jawatan Ketua Pembangkang? Saya ‘no komen’. Biar ia dijawab oleh Menteri Besar (Datuk Seri Amirudin Shari).

“Surat (peletakan jawatan)? Itu juga no komen,” katanya selepas merasmikan program Kembara Sahur 2023 bersama FunRideRiders di pekan Sabak di sini, awal pagi tadi.

Bulan lalu, ADUN Bukit Antarabangsa, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali membangkitkan Peraturan Mesyuarat ke-87 meminta Speaker DUN Selangor, Ng Suee Lim mengeluarkan peraturan berkaitan kedudukan Ketua Pembangkang disandang Rizam berikutan situasi politik semasa dengan UMNO lebih selesa bersama Pakatan Harapan (PH).

Beliau turut mencadangkan pelantikan ADUN Sijangkang, Datuk Dr. Ahmad Yunus Hairi bagi mewujudkan suasana sihat dan pembangkang yang efektif serta berkesan.-KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI