fbpx

MotoGP: Razgatlioglu mungkin ganti Morbidelli

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RAZGATLIOGLU diberi peluang untuk menguji jentera MotoGP Yamaha menyebabkan spekulasi penyertaan bersama pasukan itu bertiup kencang. – AFP

AUSTIN – Juara dunia 2021, Fabio Quartararo enggan campur tangan terutama mengenai perpindahan Toprak Razgatlioglu yang disebut-sebut akan me­nyertai keluarga Yamaha dalam Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) musim depan.

Toprak yang juga merupakan juara dunia Kejuaraan Superbike Dunia (WSBK) 2021 dipanggil untuk menguji jentera YZR M1 baru-baru ini dan menyifatkan ujian tersebut adalah peluang terbaik bagi­nya merasai pengalaman bersama jentera MotoGP tersebut.

Menjawab spekulasi tersebut, Quartararo bagaimanapun enggan mengulas mengenai siapa yang akan bersamanya pada musim depan dan menyerahkan kepada Yamaha untuk membuat keputusan sendiri.

“Sudah tentu ia bukan tugas saya (pemilihan pelumba 2024). Apapun, ia adalah peluang terbaik untuk dia (Toprak) menguji jentera selama dua hari. Tetapi, saya tidak pernah berbincang soal ujian tersebut dengan Top­rak.

“Kemudian mengenai masa depan Yamaha, ia bukan terletak di tangan saya tetapi kita akan lihat sama Franco Morbidelli atau orang lain akan menjadi rakan sepasukan saya tahun depan,” kata Quartararo.

Ketika ini, Quartararo masih mencari-cari rentak bersama jentera M1 2023 apabila masih gagal untuk menaiki podium dalam dua pusingan perlumbaan di Grand Prix (GP) Portugal dan Argentina.

Bagaimanapun, pelumba Pe­rancis tersebut mahu perbaiki kedudukannya terutama pada aksi kelayakkan agar dia mampu mencari penamat terbaik pada aksi perlumbaan sebenar nanti.

“Bersaing di litar basah sewaktu di Argentina adalah sa­ngat baik dan potensi kami dalam perlumbaan sprint juga tidak begitu jauh. Kami hanya perlu usaha lebih sedikit terutama sesi kelayakkan pada perlumbaan hujung minggu ini di GP Americas,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI