fbpx

‘Mak abah kami pesan jangan ambil hak orang’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar perbualan Aboylikecaffeine bersama isterinya.

PETALING JAYA – Seorang wanita memilih untuk jujur apabila dia bertindak memulangkan lebihan wang pertukaran di bank sekitar Melaka.

Menerusi perkongsian Aboylikecaffeine di akaun TikTok miliknya berkata, isterinya itu pergi ke bank untuk menukar duit sebanyak RM500 tetapi mendapat RM600.

“Harini, ‘wife’ tukar duit di Maybank Melaka. Tukar 500 tapi dapat 600,” katanya

Bagaimanapun, wang tersebut sudah dipulangkan semula kepada pihak bank tersebut.

‘Wife’ aku pulang balik, kesian abang tu ‘shock’ nanti. Insya-Allah doakan kami sekeluarga murah rezeki,” katanya.

Katanya, mereka sudah diasuh dari kecil oleh orang tua mereka untuk tidak mengambil barangan yang bukan hak mereka.

“Mak,abah kami pesan jangan ambil hak orang, jujur itu penting. Allah menilai kebaikan kita. Doakan kami,” katanya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai memuji tindakan mereka yang dianggap jujur dan bertanggungjawab.

“Bagus sebab jujur dan pulangkan balik sebab kesian nanti ‘effect’ KPI, mereka tak naik gaji, tak naik pangkat,” kata Petaiyo.

Ada juga dalam kalangan mereka yang berkongsi pengalaman serupa.

“Arwah mak saya pernah, keluar RM1,000 tapi orang tu terlebih bagi RM1,050. Mak tak perasan sampailah orang tu ‘call’ bagitahu terlebih bagi. Mak kira memang betul, terlebih,” ujar HM.

Perkongsian tersebut tular sehingga memperoleh lebih 100,000 tontonnan dan 1,735 tanda suka. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI