fbpx

Liga Europa: Ten Hag akui belum berputus harap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SABITZER (kanan) berjaya meledak dua gol untuk United, namun mereka gagal meraih kemenangan ekoran dua gol sendiri pemain pertahanan mereka. – AFP

MANCHESTER – Pengendali Manchester United, Erik Ten Hag percaya hasrat pasukan untuk mara ke peringkat separuh akhir Liga Europa masih terbuka meskipun terikat 2-2 dengan Sevilla pada aksi pertama suku akhir di Old Trafford awal pagi semalam.

Pada perlawanan itu, The Red Devils mensia-siakan kele­bihan 2-0 yang dimiliki hasil ja­ringan Marcel Sabitzer dengan membiar­kan wakil La Liga itu bangkit pada hujung perlawanan menerusi gol sendiri Tyrell Malacia dan Harry Maguire.

Menurut Ten Hag, anak-anak buahnya tidak bernasib baik untuk mencatat kemenangan selain kecederaan yang menimpa pemain sepanjang perlawanan juga memberi khabar buruk.

“Saya anggap kami tidak bertuah pada aksi kali ini kerana beberapa pemain kami mengalami kecederaan seperti Raphael Varane, Lisandro Martinez dan Anthony Martial. Selain itu, kita juga terpaksa keluarkan Bruno Fernandes dan Antony kerana mereka dilayangkan kad kuning.

“Justeru, bukan mudah untuk kekalkan momentum apabila ramai pemain utama dikeluarkan sehingga menyaksikan pasukan lawan boleh bangkit pada penghujung perlawanan.

“Namun, saya tidak terlalu gusar kerana kita masih ada lagi 90 minit meskipun beraksi di tempat lawan. Kita bakal hilang khidmat Fernandes yang digantung, tetapi saya jangka Marcus Rashford akan kembali,” katanya.

Sementara itu, pengendali Sevilla, Jose Luis Mendilibar percaya apa yang dipamerkan menjadi bukti bahawa keupayaan anak-anak buahnya tidak boleh dipandang rendah.

“Babak pertama mereka mendominasi perlawanan, namun situasi berbeza pada separuh masa kedua,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI