fbpx

Lebih tiga juta kenderaan dijangka guna KLK dan LPT1

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KENDERAAN melalui Plaza Tol Bentong dijangka mengalami pertambahan ketara sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

KUANTAN – Pengendali Lebuh Raya Kuala Lumpur–Karak (KLK) dan Lebuh Raya Pantai Timur (LPT1), Anih Berhad menjangkakan lebih tiga juta kenderaan akan menggunakan dua lebuh raya berkenaan dalam tempoh 19 April hingga 1 Mei depan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Pengurus Besar Kanan Anih Berhad, Radzimah Mohd Radzi berkata, jumlah trafik ke Pantai Timur dijangka mengalami peningkatan bermula 19 April hingga 21 April manakala kesesakan trafik menghala ke Kuala Lumpur dijangka dari 24 April hingga 1 Mei.

“Pihak kami berharap agar pengguna lebuh raya merancang perjalanan di musim perayaan dan percutian ini memandangkan jangkaan aliran trafik meningkat semasa musim perayaan kepada lebih tiga juta kenderaan di KLK dan LPT1.

“Kami akan membuat edaran cadangan jadual perjalanan (TTA) di Plaza Tol Gombak, Karak dan Bentong pada 16 April ini selain membuat hantaran di laman sosial Anih Berhad sebagai rujukan pengguna lebuh raya,”katanya di sini hari ini.

Menurutnya Anih Berhad komited dalam usaha mengurangkan kesesakan termasuk menambah sehingga 30 peratus bilangan kakitangan sokongan di plaza tol serta menempatkan lebih 140 anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) di beberapa kawasan strategik di sepanjang lebuh raya.

Katanya selain itu pihak Anih juga akan meningkatkan jumlah pekerja pasukan rondaan LPT1 dan trafik sebanyak 20 peratus serta memperbanyakkan rondaan bagi memastikan kelancaran trafik sepanjang tempoh tersebut.

“Sebelum memulakan perjalanan, ingatan penting untuk para pengguna agar memastikan baki e-Wallet dan kad Touch n’ Go mencukupi demi mengelakkan sebarang masalah berkaitan baki tidak mencukupi ketika di plaza tol.

“Demi keselesaan dan keselamatan, para pemandu dinasihatkan agar sentiasa memandu secara berhemah dan berhenti di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) atau hentian sebelah sekiranya perlu,”ujarnya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI