fbpx

Kekasih dera, bakar janggut wanita terpanjang di dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jessica menjadi personaliti TV di AS selepas membuat penampilan sulungnya di rancangan 'Freak Show' pada 2012. - mediadrumimages/JessatTheBeardedL

WASHINGTON – Seorang wanita yang memiliki janggut terpanjang di dunia pernah didera oleh pasangannya dengan kejam, lapor akhbar Daily Star semalam.

Jessica D. Czerwinski dikenali dengan gelaran Jessa The Bearded Lady kerana memiliki janggut panjang 38.1 sentimeter (sm).

Walaupun janggutnya pernah dibakar oleh bekas kekasihnya, Jessica tetap berusaha mencari pasangan dan cuba menuntut gelaran rekod dunia itu secara rasmi.

Dia ada kalanya terpaksa mencukur janggut disebabkan tekanan masyarakat. 

“Saya pernah mencukur janggut saya dan bekas kekasih saya membakar muka saya ketika cuba membakar janggut saya.

“Masih ada parut di bawah janggut saya kesan kejadian itu,” katanya.

Wanita berusia 37 tahun dari Arizona, Amerika Syarikat (AS) itu telah menjalinkan hubungan jarak jauh dengan lima orang.

Dia akhirnya berkahwin dengan salah seorang daripada mereka iaitu pesara marin berusia 71 tahun yang ditemuinya lebih sedekad lalu. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI