fbpx

Jodoh terlerai, 4 pasangan ini masih berbaik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RUMAH tangga selebriti popular seperti Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila serta Norman Hakim dan Abby Abadi kecundang di tengah jalan.

SAMA seperti orang lain, kehidupan berumah tangga selebriti ada yang tidak kekal lama dan berakhir dengan perceraian.

Biarpun berpisah, namun ada antara mereka yang terus mengekalkan hubungan baik tanpa menyimpan dendam.

KEMELUT panas rumah tangga Syamsul dan Puteri Sarah akan berakhir dengan perceraian secara baik pada 18 April ini.

Baru-baru ini, konflik rumah tangga Puteri Sarah dan Syamsul Yusof akan menemui noktah apabila pengarah sensasi itu setuju melepaskan isteri pertamanya pada 18 April ini.

Susulan kisah mereka, minggu ini Gala menyenaraikan empat cerita membabitkan rumah tangga selebriti tempatan dan luar negara yang diuji dengan perceraian, namun masih meneruskan hubungan baik dengan bekas pasangan.

Sharnaaz Ahmad & Noor Nabila

SELEPAS empat tahun mendirikan rumah tangga, pelakon Sharnaaz Ahmad memutuskan berpisah dengan ahli perniagaan, Noor Nabila pada 9 Julai 2020 secara hakam di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.

Biarpun sudah berpisah, Sharnaaz dan Nabila tetap menjalinkan hubungan baik apabila pelakon itu sering berkunjung ke rumahnya untuk melihat anak tunggal mereka, Jebat Jayden.

Keakraban yang ditonjolkan membuatkan netizen sangat mengharapkan hubungan mereka kembali bertaut sebagai suami dan isteri.

Bagaimanapun, timbul dakwaan Sharnaaz kini sedang menjalinkan hubungan cinta dengan seorang wanita dan bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi.

Alicia Amin & Farzan Iqbal

TIADA angin tiada ribut tiba-tiba model jelita Alicia Amin mengumumkan telah bercerai dengan suaminya, seorang doktor Farzan Iqbal pada 2 Mac lalu.

Pemilik nama lengkap Raja Alicia Raja Amin itu mengakui masih sayangkan bekas suami walaupun sudah bercerai secara baik.

ALICIA Amin dan bekas suami, Farzan Iqbal.

Meskipun sudah berpisah, mereka lebih selesa berkawan dan sering menghabiskan masa mengemas kini mengenai kehidupan masing-masing.

Sehinggakan ada ada yang meminta mereka bersatu tetapi Alicia menyelar permintaan tersebut kerana lebih selesa berkawan dengan Farzan.

Abby Abadi & Norman Hakim

PELAKON Abby Abadi dan bekas suami Norman Hakim masih menjalinkan hubungan baik demi tiga orang cahaya mata mereka.

Meskipun masing-masing sudah memiliki keluarga sendiri selepas 13 tahun membawa haluan sendiri, mereka sering dilihat keluar bersama-sama.

Hubungan akrab mereka sangat kuat sehinggakan kerap meraikan pelbagai majlis bersama keluarga termasuk menyambut hari lahir dan bercuti.

Namun, ada yang kurang senang melihat keakraban Abby dengan Norman sehingga mendakwa bekas penyanyi kumpulan Elite itu belum ‘move on’ (teruskan hidup).

Jason Momoa & Lisa Bonet

SELAIN selebriti Malaysia, artis luar negara juga tidak boleh lari daripada konflik rumah tangga seperti aktor popular, Jason Momoa dan bekas isteri, Lisa Bonet.

Rumah tangga yang dibina pada 2017 dimeriahkan dengan kehadiran dua cahaya mata tidak berpanjangan apabila mereka berpisah pada Januari tahun lalu.

JASON Momoa dan Lisa Bonet.

Selepas berpisah, Momoa masih menyambut hari kelahiran bekas isterinya bersama anak-anak mereka.

Bukan itu sahaja, aktor yang terkenal menerusi filem Aquaman itu turut menghantar pokok Krismas ke rumah Lisa menandakan persahabatan mereka kekal utuh walaupun tidak lagi bergelar suami isteri.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI