fbpx

Gempa kuat magnitud 7.0 gegar Indonesia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pekerja sebuah gedung membeli-belah menunggu di luar bangunan di Denpasar, Bali selepas gempa bumi berlaku semalam. - AFP

JAKARTA – Satu gempa bumi kuat berukuran 7.0 pada skala Richter menggegar laut utara dekat Pulau Jawa, Indonesia, kata Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) semalam, manakala tiada laporan segera mengenai kerosakan atau kemalangan jiwa dilaporkan.

Gegaran berlaku pukul 4.55 petang (waktu tempatan). Agensi geologi Indonesia menolak kemungkinan tsunami kerana pusat gempa sangat dalam, 594 kilometer (km) di bawah dasar laut.

Indonesia sering mengalami gempa bumi kerana kedudukannya dalam Lingkaran Api Pasifik.

Gempa bumi semalam melanda kira-kira 160 km di barat laut Surabaya, bandar kedua paling ramai penduduk yang menempatkan lebih dua juta orang.

Gegaran itu dirasai di sebahagian besar Pulau Jawa merentasi kepulauan Bali dan Lombok.

“Di Surabaya, ia hampir tidak dirasai, tetapi beberapa lampu bergoyang,” kata seorang wartawan AFP yang merasakan gegaran itu ‘untuk seketika’.

Klistjart Tarissa, 25, yang merupakan seorang penduduk di Bandung, Jawa Barat berkata: “Saya agak panik kerana berada di tingkat dua dan tidak tahu sama ada keamatan gempa itu semakin besar atau semakin kecil.”

Di Yogyakarta, seorang guru yang pernah membuat kuliah secara online berkata, gempa itu mengganggu kelasnya.

“Saya sangkakan angin bertiup menyebabkan kunci saya berbunyi, tetapi ia berterusan seketika. Selepas itu, saya merasakan gegaran yang agak kuat dan panjang,” kata Simon Arsa Manggala, 33.

Gegaran susulan berukuran 5.5 magnitud direkodkan oleh agensi geologi Indonesia di kawasan sama kira-kira sejam selepas gegaran utama.

Jurucakap agensi mitigasi bencana negara, Abdul Muhari berkata bahawa gempa bumi itu dijangka tidak menyebabkan banyak kerosakan kerana pusat kedalaman yang besar. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI