fbpx

EPL: Man. City ikrar mahu julang gelaran trebel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CITY mampu untuk terus mengurangkan jurang mata dengan Arsenal sekiranya berjaya menewaskan Leicester tengah malam ini. – AFP

MANCHESTER – Pemain tengah Manchester City, Rodri seolah-olah memberi amaran kepada Arsenal berhubung perebutan takhta Liga Perdana Inggeris (EPL) apabila menyifatkan The Citizens mampu meraih gelaran trebel musim ini.

City berpeluang untuk memenangi tiga kejuaraan pada saingan musim ini apabila masih bersaing dalam tiga pertandi­ngan termasuk Liga Perdana, Liga Juara-Juara serta saingan Piala FA.

Justeru, City berpeluang untuk merapatkan kedudukan dengan Arsenal yang berada di persada liga sekiranya mencatat kemenangan ke atas pasukan bergelut, Leicester City di Etihad tengah malam ini.

“Kami tidak memilih mana-mana kejuaraan pada sai­ngan musim ini kerana semua pertandingan sangat penting. Kami masih ‘hidup’ dalam ketiga-tiga pertandingan dan akan berjuang habis-habisan.

“Fokus kami adalah untuk fokus terhadap satu demi satu perlawanan, kami tidak boleh fikir lebih daripada itu. Sekarang kami kembali ke saingan Liga Perdana dengan mentaliti mencapai kemenangan,” katanya.

Sekiranya menang ke atas Leicester tengah malam ini, City akan mengumpul 70 mata, hanya tiga mata di belakang Arsenal dengan kedua-dua pasukan akan membuat perhitungan pada 27 April nanti.

Pada masa sama, Rodri juga percaya The Citizens berada landasan terbaik untuk memenangi saingan Liga Juara-Juara buat julung kali musim ini selepas menang 3-0 ke atas Bayern Munich pada suku akhir pertama Rabu lalu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI