fbpx

Dua beradik separa sedar, kediaman terbakar awal pagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN rumah di Taman Kota Masai, Pasir Gudang yang terbakar awal pagi hari ini sehingga menyebabkan dua beradik separa sedar.

JOHOR BAHRU – Dua beradik kini berada dalam keadaan separa sedar selepas terperangkap dalam kebakaran melibatkan tiga unit rumah di Jalan Tembikai, Taman Kota Masai, Pasir Gudang, hari ini.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Gudang, Penolong Penguasa Bomba, Sarhan Akmal Mohamad berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 3.37 pagi.

Sehubungan itu katanya, seramai 21 anggota dibantu sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT), satu utiliti dan satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikejar ke lokasi kejadian.

“Kebakaran itu melibatkan tiga unit rumah teres jenis kekal. Di mana dalam kejadian tersebut dua mangsa telah dikeluarkan dan diberi rawatan awal oleh anggota bomba.

“Kedua-dua mangsa, Azian Zainalabidin, 20, dan kakaknya, Murni Atikah, 25, didapati berada dalam keadaan separa sedar sebelum dihantar ke Hospital Sultan Ismail (HSI) untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Tambah Sarhan Akmal, kebakaran tersebut turut memusnahkan tiga buah kereta iaitu Toyota Yaris, Toyota Avanza dan Proton Saga yang terbakar sehingga 80 peratus serta tiga buah motosikal terbakar 95 peratus.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI