fbpx

‘Takut doktor, jarum, Kamal rela dipukul cota 50 kali’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEJADIAN dipukul sehingga mengalami kecederaan teruk membuatkan Uqasha dan Kamal trauma keluar rumah tanpa pengawasan.

KUALA LUMPUR – Susulan apa yang terjadi di Singapura kepada suami tersayang Kamal Adli, pelakon Uqasha Senrose mengupah pengawal keselamatan demi memastikan insiden ngeri yang menimpa aktor itu tidak berulang lagi.

Uqasha atau nama sebenarnya, Nik Zaris Uqasha Nik Sen berkata, meskipun keadaan Kamal sekarang semakin pulih, fobia dan trauma masih menyelubungi dirinya serta suami.

“Kena ada orang yang teman dia (Kamal) di rumah. Memang kami dah upah bodyguard (pengawal keselamatan) termasuk polis sentiasa buat rondaan di rumah setiap dua hingga tiga jam.

“Untuk saya sendiri, masih rasa takut. Keluar sekarang ini pun berdebar-debar. Benda itu jadi depan mata. Orang lalu sebelah pun sekarang, kita terganggu.

“Kena berteman ke mana-mana sekarang. Tak boleh seorang diri. Macam saya, pergi kerja balik kerja, itu sahaja. Raya tahun ini pun saya tak ke mana rasanya. Hanya dengan keluarga dan adik-beradik,” katanya kepada Kosmo! Online usai sidang akhbar filem Sumpahan Jerunei di sini, semalam.

Ditanya tentang keadaan terkini Kamal sekarang, kata Uqasha, 31, suaminya itu tetap berkelakuan seperti biasa meskipun insiden terbabit berkemungkinan meragut nyawanya.

“Kamal tak tunjuk sebab dia lelaki kan, takkanlah dia jadi lemah. Tapi sebagai isteri, kita tahulah mood dia bila dia moody, bila dia tak gembira, okey dan sebagainya.

“Kamal susah nak dibawa menerima rawatan. Dia sendiri cakap pada saya, pukullah dia dengan cota 50 kali pun, tapi dia tak nak jumpa doktor. Dia takut dengan doktor dan jarum.

“Masa kejadian tempoh hari, dia bermati-matian tak nak dijahit di bahagian luka. Nak guna gam UHU. Dia boleh buat lawak begitu. Saya waktu itu nak menangis bagai nak rak dah,” kongsinya.

Pelakon drama rantaian Isteri Halal itu bagaimanapun mendedahkan, dia tidak berada pada posisi untuk mendedahkan perincian kes kerana masih dalam siasatan pihak berkuasa Singapura dan Malaysia.

“Apa yang boleh saya kongsi sekarang, dia cuba untuk gembirakan saya sebab dia tak mahu saya terlalu risau. Sungguhpun begitu, saya tak nak mengeluh sangat sebab orang lain pun banyak dugaan dalam hidup mereka.

“Saya terima ini adalah ujian saya. Masih lagi kena tunggu ‘update’ daripada pegawai penyiasat Singapura berhubung apa yang terjadi. Nak naik mahkamah apa semua, apa kata putus.

“Untuk sekarang, saya tak boleh dedahkan perincian (kes terbabit) sebab masih dalam siasatan,” katanya.

Terdahulu, Kamal Adli dipukul seorang lelaki tidak dikenali dalam sebuah kejadian berlaku di Singapore Expo Hall, Singapura pada 13 Mac lalu.

Kamal dipukul berkali-kali oleh pelaku di bahagian kepala, muka dan badan serta mengalami kecederaan parah sehingga perlu menerima menjalani pembedahan kerana mengalami banyak pendarahan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI