fbpx

Songkran di Perlis kembali meriah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kanak-kanak keturunan Siam bermain air sempena sambutan Songkran di Wat Suwankhiri, Padang Besar, semalam.

PADANG BESAR – Perayaan Songkran kali ini disambut meriah oleh masyarakat berketurunan Siam di Perlis selepas selepas tiga tahun suram akibat pandemik Covid-19.

Penyelaras program sambutan Songkran Wat Suwankhiri, Loat Erong, 64, berkata, sambutan dihadiri 500 pengunjung sejak awal pagi.

“Acara bermula sejak pagi dengan upacara keagamaan mengikut agama Buddha. Masyarakat Siam akan bersembahyang di samping memohon kemaafan daripada ibu bapa, ahli keluarga serta memohon restu daripada warga emas.

“Mengikut kepercayaan masyarakat Siam, air yang membasahi tubuh kami ini diibaratkan seperti menyucikan kesalahan lampau sebagai simbolik bagi permulaan tahun baharu yang lebih baik,” katanya di sini, hari ini.

Sambutan Songkran itu diadakan bersempena tahun baharu mengikut kalender masyarakat Siam dan turut dianjurkan pada tanggal 13 April pada setiap tahun.

Sambutan Songkran turut dimeriahkan dengan tembakan air dengan bantuan pasukan bomba sukarela dan persembahan konsert yang dianjurkan khas buat pengunjung yang hadir.

Sementara itu, seorang penduduk, Cikra Erun, 42, berkata, sambutan Songkran kali ini amat bermakna apabila turut mendapat penglibatan memberangsangkan daripada masyarakat Siam sekitar Perlis.

“Memang dapat dilihat kemeriahan pada perayaan kali ini apabila semua masyarakat Siam tanpa mengira usia kelihatan teruja dan gembira dengan sambutan Songkran tahun ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI