fbpx

Seleweng dana pusat urut, bekas pengarah urusan antara direman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek direman empat hari di Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini bagi membantu siasatan kes penyelewengan syarikat pusat urut.

PUTRAJAYA- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman dua individu berikutan menjadi suspek utama kes penyelewengan dana syarikat pusat urut berhubung isu pembelian minyak urut bernilai kira-kira RM9 juta.

Dua individu itu masing-masing berusia 50 dan 55 tahun merupakan bekas pengarah urusan dan bekas pengarah eksekutif di syarikat pusat urut terbabit.

Kedua-dua mereka ditahan kira-kira pukul 9 malam semalam di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya ketika hadir memberi keterangan.

Perintah reman selama empat hari bermula hari ini hingga 17 April depan dikeluarkan Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin di Mahkamah Majistret Putrajaya selepas SPRM membuat permohonan tersebut pagi tadi.

Menurut sumber, penahan kedua-dua suspek susulan penahan tiga wanita berkaitan kes sama semalam.

“Difahamkan, suspek menyeleweng wang tersebut menerusi pembelian minyak urut dengan harga yang tinggi berbanding harga pasaran menerusi syarikat pembekal yang merupakan proksi mereka hingga menyebabkan syarikat mengalami kerugian anggaran RM1.8 juta,” katanya ketika dihubungi di sini tadi.

Sementara itu, Pengarah Kanan Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim mengesahkan penahanan tersebut dan kes disiasat mengikut Seksyen 16 Akta SPRM 2009. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI