fbpx

Salahuddin buat lawatan mengejut di Pasar Chow Kit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Salahuddin memeriksa harga jualan di Pasar Chow Kit malam tadi.

PETALING JAYA – Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup melakukan lawatan ke Pasar Chow Kit malam tadi.

Datuk Seri Salahuddin Ayub dalam satu hantaran di media sosial berkata, beliau melawat Pasar Chow Kit tanpa diiringi pegawainya.

“Tengah malam tadi saya sengaja melawat pasar di Chow Kit tanpa pegawai mengiringi saya,” katanya di laman Facebook semalam.

Salahuddin berkata, beliau mendapati harga ayam dan daging lembu atau kerbau import dijual mengikut harga yang ditetapkan .

Menurut beliau, harga ikan dan sayur stabil dan tiada kenaikan yang melampau.

“Kebanyakan harga sayur turun kecuali cili kulai, tomato dan kacang buncis yang naik sedikit sekitar RM 1 hingga RM3,’ katanya.

Bagaimanapun, katanya, beliau mendapati kebanyakan peniaga gagal meletakkan tanda harga

“Saya nasihatkan mereka mematuhi peraturan supaya jangan sampai diambil tindakan oleh Pegawai Penguatkuasa KPDN,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI