fbpx

Rangka mayat wanita dikerat dipercayai bukan warganegara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kamarul Zaman (tengah) memakaikan topi keledar baharu kepada penunggang motosikal semasa menghadiri Kempen Keselamatan Jalan Raya Bersama PERKESO di plaza tol Perling, Johor Bahru, hari ini. Foto Raja Jaafar Ali

JOHOR BAHRU – Rangka mayat seorang wanita yang ditemui di dalam beg di sebuah hentian bas usang di Kulai, semalam dipercayai bukan rakyat tempatan.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, ini kerana bedah siasat awal dibuat tidak menemui bekas suntikan Bacillus Calmette-gurin (BCG).

Bagaimanapun, katanya, pihaknya akan meneruskan siasatan untuk mendapatkan lebih banyak maklumat yang boleh membangkitkan siasatan dalam kes berkenaan.

“Bedah siasat dibuat mendapati tiada kesan suntikan BCG di tubuh badan mayat, jadi kemungkinan besar mangsa bukan seorang warganegara.

“Mayat tersebut juga telah dipotong kepada beberapa bahagian untuk dimuatkan ke dalam sebuah beg.

“Maklumat lanjut kita masih siasat, namun kebiasannya dalam kes seperti ini, motif kejadian biasanya akibat dendam,” katanya selepas melawat program Kempen Keselamatan Jalan Raya Bersama Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) di laluan motosikal Plaza Tol Perling, di sini hari ini.

Kamarul Zaman turut memberitahu, mayat berkenaan turut menunjukkan kesan kecederaan di bahagian kepala dipercayai akibat dipukul objek tumpul.

Semalam, Ketua Polis Daerah Kulai, Superitendan Tok Beng Yeow mengesahkan penemuan rangka mayat seorang wanita berusia 25 tahun dipercayai dibunuh ditinggalkan dalam sebuah beg hentian bas berhampiran Hospital Kulai.

Beliau dilaporkan berkata, rangka mayat berkenaan sudah mereput lebih 50 peratus dan terdapat ulat ‘maggot’ selain dipercayai dibunuh lebih dua minggu lalu.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI