fbpx

PM umum berita baik untuk rakyat Selasa ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar ketika berucap pada majlis Amanat Perdana Menteri Kepada Penjawat Awam Persekutuan dan Negeri Pulau Pinang di UiTM Permatang Pauh, petang tadi.

SEBERANG PERAI – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengumumkan beberapa berita baik buat seluruh rakyat Malaysia pada Selasa ini, sebelum beberapa hari umat Islam menyambut perayaan Aidilfitri.

Perkara tersebut dimaklumkan beliau ketika berucap pada majlis Amanat Perdana Menteri Kepada Penjawat Awam Persekutuan dan Negeri Pulau Pinang di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Permatang Pauh, di sini sebentar tadi.

“Saya akan buat beberapa pengumuman baik untuk semua rakyat pada hari Selasa nanti,” beritahunya.

Majlis tersebut turut dihadiri Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Zuki Ali.

Terdahulu, Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming pada Selasa lalu melalui ciapannya di Twitter memaklumkan yang Perdana Menteri dijangka mengumumkan satu lagi berita baik menjelang Aidilfitri tahun ini.

“Kerajaan Perpaduan akan membawa satu lagi berita baik yang bakal diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelang Hari Raya Aidilfitri tahun ini. Nantikan!” ciapnya.

Justeru, pengguna media sosial di ruangan komennya turut mengharapkan pengumuman tersebut berkaitan pemberian tol percuma sempena perayaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI