fbpx

PM ucap selamat tahun baharu kepada masyarakat Tamil, Sikh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Poster ucapan yang dimuat naik di media sosial Anwar.

PETALING JAYA – Perdana Menteri, mengucapkan selamat menyambut Tahun Baharu Tamil (Chithirai) kepada masyarakat Tamil dan Vaisakhi untuk masyarakat Sikh yang menyambut perayaan itu hari ini.

Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan berkata, beliau berharap sambutan itu membawa kegembiraan kepada semua dan mendoakan ikatan kekeluargaan yang terjalin sentiasa utuh dalam kebahagiaan.

“Saya ingin mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk terus memperteguh dan memperkukuh kerukunan dan sikap hormat menghormati di negara ini,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Dalam hantaran berasingan, Anwar memaklumkan beliau menunaikan solat Isyak dan tarawih yang diimamkan oleh Al Fadhil Al-Allamah Prof. Dr. Syeikh Ahmad Isa Al-Ma’sawari, Syeikh Umumil Maqari’ Mesir di Kompleks Nasyrul Quran, Putrajaya malam tadi.

Menurut Perdana Menteri, beliau amat menghargai berpeluang mendengar titipan pesanan yang sarat dengan nasihat serta panduan dalam menjalankan tanggungjawab sebagai insan biasa dan amanah yang dipikul.

“Saya doakan semoga kita semua terus istiqamah menjalani ibadah di penghujung Ramadan. Kita doakan agar negara terus diberkati berada dibawah lindungan dan keampunan Allah S.W.T,” kata Anwar. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI