fbpx

Pesona senandung Belagu Dayang Nurfaizah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BERSAMA Orkestra Filharmonik Malaysia, Dayang Nurfaizah mengangkat lagu-lagu Melayu klasik ke satu aras yang lebih tinggi menerusi Konsert Dayang Nurfaizah & MPO: Berlagu.

INDAH dan cukup mempersona. Demikian ‘rasa’ yang diberi penyanyi Dayang Nurfaizah pada persembahan Konsert Dayang Nurfaizah & MPO: Belagu di Dewan Filharmonik Petronas (DFP) pada Mac lalu.

Biarpun dikenali sebagai penyanyi genre R&B, kemampuan Dayang mengalunkan lagu-lagu Melayu klasik dengan cara tersendiri secara tidak langsung telah membawa irama berkenan ke aras lebih tinggi.

Melihat sendiri rata-rata penonton yang hadir ke pementasan tersebut tidak segan silu berbaju tradisional, malah turut menari bersama, terbit rasa bangga usaha yang dilakukan oleh Dayang memberi impak, terutama kepada golongan muda.

“Sebenarnya saya sendiri terkejut dengan sambutan daripada peminat, terutamanya golongan muda.

“Mereka tidak hanya menyanyi dan berjoget, malah benar-benar terhibur dengan persembahan, itu yang membuatkan saya bangga kerana percubaan memperkenalkan semula irama klasik telah mencapai objektifnya,” kata Dayang usai persembahan.

Siapa sangka lagu-lagu yang sudah berdekad usianya itu kembali dengan nafas segar tanpa hilang keasliannya di tangan Dayang dan komposer, Aubrey Suwito.

“Ketika mula-mula mahu membikin projek khas ini, saya dan Aubrey tidak menjangka langsung soal sambutan peminat.

“Tidak sangka pula selepas mengeluarkan album Belagu I dan Belagu II tiba-tiba dapat bikin konsert bersama Orkestra Filharmonik Malaysia (MPO). Saya bersyukur sangat kerana begitu cantik aturannya,” kongsi Dayang.

Menyentuh tentang persembahannya, ternyata pengalaman dua dekad sebagai penyanyi membuatkan penonton begitu terpesona.

Sesekali, Dayang bijak memancing tawa dengan perbualan serta aksi ‘gedik’ yang di atas pentas.

“Saya tidak biasa gedik, tetapi mengikut skrip, saya perlu buat, malunya,” luah Dayang.

Pada Konsert Dayang Nurfaizah & MPO: Belagu Dayang melarutkan emosi penonton bersama seleksi 17 lagu yang diberi nafas segar.

Antara lagu yang didendangkan termasuklah, Tudung Periuk, Tari Tualang Tiga, Mengapa Dirindu, Dari Hati Ke Hati, Sejak Ku Bertemu Padamu, Malam Ku Bermimpi, Kenang Daku Dalam Doamu, Nak Dara Rindu dan Gurindam Jiwa.

Penyanyi kelahiran Kuching, Sarawak itu juga memilih menyampaikan lagu Jauh Di Mata, Tak Seindah Wajah, Ketipang Payung dan lagu baharu berjudul Rindu Menyapa ciptaan Aubrey Suwito dan lirik tulisan

Datuk Habsah Hassan yang semuanya terkandung dalam album Belagu II.

“Jika ditanya soal cabaran bagi Dayang untuk persembahan adalah emosi yang turun naik.

“Cabaran untuk membikin album pula adalah memilih lagu yang benar-benar tepat dalam ribuan lagu klasik,” kata Dayang.

Sementara itu, MPO yang dipimpin oleh Ahmad Muriz Che Rose, gabungan bersama Dayang di atas pentas DFP disifatkan begitu serasi.

“Keharmonian persembahan Dayang bersama MPO bagai sudah ditakdirkan. Secara peribadi saya sendiri seronok melaksanakan projek ini begitu juga dengan pemuzik-pemuzik MPO yang mula jatuh cinta dengan irama klasik Melayu.

“Saya amat berharap projek seperti ini akan berlanjutan pada masa akan datang,” ujar Muriz.
Tidak terhenti di sini di DFP, konsert Berlagu Dayang akan diteruskan dengan persembahan di Esplanade, Singapura pada 20 Mei ini.

“Alhamdulillah, sambutan sangat memberangsangkan daripada peminat Singapura kerana kali terakhir saya membuat persembahan di sana adalah pada 2018.

“Boleh dikatakan seperti mengubat rindu, saya sendiri sudah tidak sabar untuk bertemu mereka,” tutup Dayang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI