fbpx

Pesara lesap RM230,000 dalam sekelip mata

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Loo didapati memuat turun aplikasi bercampur malware pada telefonnya. - Mothership

SINGAPURA – Seorang lelaki berusia 70 tahun di Singapura kerugian SGD$71,000 (RM235,352) dalam masa dua jam selepas mengklik aplikasi palsu pada telefonnya, lapor laman berita Mothership semalam.

Loo, bukan nama sebenar, memberitahu akhbar Shin Min Daily News bahawa dia menerima panggilan daripada kakitangan Bank DBS sekitar pukul 9 pagi (waktu tempatan) pada 29 Januari lalu.

Loo dimaklumkan bahawa beberapa pemindahan wang telah dilakukan pada pukul 3 hingga 5 pagi daripada akaun banknya ke negara asing berjumlah SGD$71,000 (RM235,352) manakala yang tinggal hanya SGD$2,000 (RM6,628).

Loo meminta kakitangan itu membekukan akaunnya dengan segera. Duit pencennya berjumlah SGD$30,000 (RM99,430) yang diterimanya pada Januari lalu juga hilang.

Lebih SGD$6,000 (RM19,886) turut dicaj pada kad kreditnya yang belum dibayar.

“Polis berkata jika wang itu telah dipindahkan ke negara asing, saya tidak boleh mendapatkannya semula. 

“Ia adalah wang titik peluh saya dan amat menyakitkan untuk dipindahkan seperti ini. Perkara ini telah menyebabkan saya dan isteri tidak dapat tidur beberapa malam,” katanya.

Loo juga menegaskan bahawa dia tidak menerima kata laluan sekali (OTP) dan dia juga tidak dialihkan ke mana-mana pautan alternatif.

Jurucakap DBS berkata, siasatan polis mendedahkan bahawa telefon Loo diserang malware. Ia berlaku apabila seseorang memuat turun aplikasi bercampur malware daripada tapak tidak dibenarkan.

Sehubungan itu, Polis Singapura dan Agensi Keselamatan Siber Singapura mengeluarkan kenyataan bersama pada 11 April lalu memberi amaran kepada orang ramai tentang memuat turun aplikasi daripada pihak ketiga atau tapak yang meragukan. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI