fbpx

Peruntukan RM5.4 juta diluluskan untuk bina Masjid Mengkuang Titi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar (gambar) ketika hadir pada Majlis Peluncuran Pembangunan Masjid Mengkuang Titi di Kubang Semang, Bukit Mertajam. -Foto oleh IQBAL HAMDAN / KOSMO!

SEBERANG PERAI – Kerajaan bersetuju meluluskan peruntukan sebanyak RM5.4 juta bagi melengkapkan dana untuk pembinaan Masjid Mengkuang Titi di Kubang Semang di sini yang dianggarkan menelan kos sehingga RM9 juta.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, persetujuan itu dibuat selepas mengambil kira beberapa perkara termasuk kesungguhan kariah masjid tersebut untuk mengumpul dana sendiri bagi tujuan berkenaan.

Menurutnya, sehingga kini, sebanyak RM2.5 juta telah berjaya dikumpulkan dan jumlah tersebut menjadi semakin meningkat dari semasa ke semasa.

“Inilah istimewanya Mengkuang Titi (kariah masjid) ini apabila dia ambil langkah untuk berbincang sendiri dengan pegawai di ICU (Unit Penyelarasan Pelaksanaan di Kementerian Kewangan).

“Mereka (pegawai yang berkenaan) kemudian beri satu perhatian bahawa masyarakat dan kariah ini antara yang sangat proaktif iaitu dengan mengambil ikhtiar sendiri sehingga berjaya mengutip sebanyak RM2.5 juta,” katanya ketika berucap sempena Majlis Peluncuran Pembangunan Masjid Mengkuang Titi di Kubang Semang di sini hari ini yang turut dihadiri Ketua Menteri, Chow Kon Yeow.

Hadir sama ialah Ketua Pengarah ICU, Datuk Wan Dahalan Abdul Aziz; Timbalan Ketua Menteri 1, Datuk Ir. Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman, barisan Exco kerajaan negeri serta beberapa tetamu kehormat yang lain.

Masjid Mengkuang Titi yang setinggi dua tingkat dan dibina di atas tanah berkeluasan kira-kira 1.29 hektar milik Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) itu dijangka boleh menampung sehingga 1,500 orang jemaah pada satu-satu masa.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI