fbpx

Permudahkan pinjaman untuk rakyat berniaga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri (dua kiri) menyampaikan sumbangan kepada seorang pelajar UiTM, hari ini.

SHAH ALAM – Kerajaan sewajarnya mempermudahkan bantuan pinjaman untuk rakyat berniaga bagi menampung kos hidup yang semakin meningkat.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, tanpa bantuan kerajaan akan menyebabkan rakyat mencari sumber pinjaman lain yang memudaratkan mereka di kemudian hari seperti ah long.

“Idea untuk menyuruh rakyat berniaga bagi menyelesaikan masalah kewangan memang baik dan tidak ada kesalahan pun.

“Cuma jika pelbagai syarat dikenakan untuk rakyat meminjam sudah pasti ia menyukarkan mereka untuk mengusahakan perniagaan,” katanya selepas menyampaikan sumbangan juadah berbuka puasa kepada 500 pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam di Kolej Mawar, di sini hari ini.

Terdahulu media melaporkan rakyat disarankan untuk mencari alternatif lain seperti berniaga daripada membuat pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi menyelesaikan masalah.

Kenyataan itu dibuat Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Seri Ahmad Maslan sekali gus menolak usul pengeluaran KWSP bersasar yang dibahaskan di Dewan Negara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI