fbpx

PDRM umum pertukaran, kenaikan pangkat 62 pegawai kanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengumumkan pertukaran jawatan dan kenaikan pangkat bagi 62 pegawai kanannya berkuat kuasa 15 Mei (esok).

Setiausaha PDRM, Datuk Noorsiah Mohd. Saaduddin berkata, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Datuk Seri Mohd. Kamaruddin Md. Din dilantik sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) dan jawatannya disandang oleh Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf.

Katanya, Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd. Shuhaily Mohd. Zain pula dilantik sebagai Ketua Polis Kuala Lumpur baharu manakala Timbalan Pengarah Cawangan Khas 11, Bukit Aman, Datuk Ahmad Ramdzan Daud dilantik Timbalan Pengarah Cawangan Khas 1, Bukit Aman dengan memangku pangkat Komisioner Polis.

“Pertukaran itu juga turut melibatkan Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun dinaikkan pangkat Komisioner Polis dan dilantik sebagai Pesuruhjaya Polis Sabah.

“Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Yahaya Othman pula dilantik sebagai Ketua Polis Pahang dengan memangku pangkat Komisioner Polis,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Tambahnya, Ketua Polis Terengganu, Datuk Rohaimi Md. Isa pula menjawat jawatan Timbalan Pengarah (Siasatan) Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman dan ia digantikan oleh Timbalan Pengarah (Operasi) Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Bukit Aman, Datuk Mazli Mazlan.

“Turut tersenarai adalah Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai dilantik sebagai Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Kuala Lumpur dengan memangku pangkat Senior Asisten Komisioner.

“Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintendan Ku Mashariman Ku Mahmood pula dilantik Penolong Pengarah Siasatan dan Pemantauan Bahagian Kawalan Kredit Komuniti Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dengan memangku pangkat Asisten Komisioner,” ujarnya.

Noorsiah berkata, pertukaran dan kenaikan pangkat itu turut melibatkan beberapa pegawai kanan polis yang lain. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI