fbpx

PATI dicekup kali pertama kerja atas bot nelayan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tiga termasuk tekong yang ditangkap APMM Selangor.

KLANG – Cubaan kali pertama dua pendatang asing tanpa izin (PATI) Indonesia bekerja atas bot nelayan tidak kesampaian apabila dicekup di kedudukan 9.5 batu nautika barat daya Tanjung Karang, semalam.

Kedua-dua mereka berusia 56 dan 57 tahun ditahan kira-kira pukul 1.09 tengah hari bersama tekong bot itu yang merupakan warga tempatan berusia 65 tahun oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

Pengarah Maritim Selangor, Kepten Maritim V. Siva Kumar berkata, hasil pemeriksaan siasatan mendapati bot tersebut dipercayai baharu sahaja ingin
melakukan aktiviti perikanan.

Katanya, pemeriksaan lanjut mendapati tekong gagal mengemukakan sebarang dokumen kebenaran untuk bekerja di atas bot kerana syarat pengoperasian bot hendak diusahakan sendiri seperti nama yang tertera pada lesen bot.

“Soal siasat difahamkan tekong telah dibayar gaji bulanan sebanyak RM1,000 dengan komisen tambahan mengikut jumlah hasil tangkapan.

“Dua warga Indonesia yang tidak memiliki dokumen pengenalan diri sah pula dibayar RM60 sehari untuk bekerja di bot tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Siva Kumar menambah, turut ditemukan di atas bot itu adalah kira-kira 20 kilogram ikan campur.

Jelas beliau, tekong, kru dan bot telah dibawa ke jeti Pasukan Polis Marin Pulau Indah sebelum diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia untuk tindakan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1959/63,” ujarnya. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI