fbpx

Pakej Perpaduan @MyKabel bakal dinikmati 40,000 PPR, PA seluruh negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fahmi (tengah) ketika merasmikan Program pakej Perpaduan Program Perumahan Rakyat PPR/PA @Mykabel di PPR Kerinchi, di sini hari ini.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 40,000 rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA) di empat negeri bakal menikmati capaian internet daripada Pakej Perpaduan PPR/PA @MyKabel.

Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata, empat negeri tersebut adalah Kuala Lumpur, Selangor, Johor serta Pulau Pinang.

“Di Kuala Lumpur buat permulaan Pakej Perpaduan PPR/PA @MyKabel akan dilaksanakan di sebanyak 16,000 rumah di PPR Kerinchi dan PA Desa Rejang.

“Kalau boleh kita harap pihak Time akan menambah ke 60,000 rumah PPR dan PA sekitar Kuala Lumpur,” katanya pada sidang akhbar selepas Program pakej Perpaduan Program Perumahan Rakyat PPR/PA @Mykabel di PPR Kerinchi, di sini hari ini.

Tambah beliau, pakej berkenaan ditawarkan pada harga murah iaitu RM69 dengan kontrak langganan 24 bulan adalah lebih 30 peratus lebih murah dengan harga pakej semasa sekitar RM99 di kawasan perumahan berstrata.

“Saya galakkan warga Kuala lumpur dan negeri terlibat menggunakan kemudahan ini dan manfaatkanlah internet yang lebih pantas supaya ekonomi keluarga masing-masing dapat ditingkatkan, anak-anak pula manfaatkan juga internet dan bezakan salah guna internet.

“Setiap penyewa rumah PPR boleh membuat permohonan dengan syarikat pengendali iaitu Time sebelum melanggan Pakej Perpaduan itu,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI