fbpx

Pakcik bongkok semangat cari rezeki bulan puasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar seorang warga emas gigih bekerja sebagai penghantar makanan yang dimuat naik di media sosial.

PETALING JAYA – Kegigihan seorang lelaki warga emas yang sanggup bekerja sebagai penghantar makanan mengundang rasa sebak orang ramai.

Biarpun keadaannya dilihat terbatas dan bongkok, namun tetap semangat bekerja demi mencari rezeki pada bulan Ramadan.

Menerusi perkongsian di media sosial Hazwan Hafiz, memaparkan pertemuan dia bersama individu tersebut.

“Kesian pada masa sama cemburu dengan semangat pakcik ini. Dalam bongkok-bongkok dia pun satu Kuala Lumpur dia pusing cari rezeki bulan puasa ini,” katanya dalam hantaran tersebut.

Difahamkan, warga emas tersebut sering melakukan penghantaran di kawasan Sri Hartamas dan Mont Kiara.

“Saya hantar di sekitar Kuala Lumpur. Tadi di Jalan Kuching dan lepas ini berbuka di Masjid Sri Hartamas. Selepas buka, sambung balik dan rehat bila solat sahaja,” ujarnya ketika ditanya Hazwan Hafiz.

Sehubungan itu, rata-rata orang ramai sebak dan mendoakan agar urusan pakcik terbabit dipermudahkan dan dimurahkan rezeki.

“Saya nak 10 orang sahaja aminkan doa saya. Ya Allah kau limpahkan rezeki buat pakcik ini, dan berikan kesihatan yang baik dan permudahkan segalanya,” ucap abang chik.

“Semoga Allah gantikan tempat rehat yang sangat indah untuk pakcik suatu masa nanti,” kata Leya.

“Kalau yang mana rasa susah , bersyukurlah. Sebab ada yang lagi susah dari kita,” ujar hazelnuts. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI