fbpx

Kerajaan tidak pernah pinggir negeri pembangkang – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar (gambar) ketika hadir pada Majlis Peluncuran Pembangunan Masjid Mengkuang Titi di Kubang Semang, Bukit Mertajam hari ini. -Foto oleh IQBAL HAMDAN / KOSMO!

SEBERANG PERAI – Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu kerajaan tidak pernah bersikap zalim dan meminggirkan mana-mana negeri yang diterajui oleh pembangkang ketika ini.

Sebaliknya, kata Perdana Menteri, beliau sentiasa berusaha untuk membina hubungan yang baik dengan semua pihak dalam memastikan agar kebajikan dan kesejahteraan rakyat di seluruh negara terbela.

Beliau memberitahu, ini terbukti apabila negeri-negeri seperti Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis yang dikuasai oleh Perikatan Nasional (PN) ditambah peruntukannya dan bukannya dikurangkan seperti yang didakwa sesetengah pihak.

“Semalam, Menteri Besar Kelantan ada bincang dengan kita (kerajaan) (bagaimana) nak tambah projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) bagi mengatasi banjir di Sungai Golok.

“Kita (setuju untuk) tambah kerana masalah banjir di sana lebih berat jika hendak dibandingkan dengan Permatang Pauh (sebagai contoh),” katanya ketika berucap sempena Majlis Peluncuran Pembangunan Masjid Mengkuang Titi di Kubang Semang, Bukit Mertajam di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, esok beliau akan ke Terengganu pula dan Menteri Besar negeri itu turut mengusulkan agar beliau mengadakan perjumpaan bersama pegawai-pegawai kerajaan Persekutuan dan negeri pada masa yang sama.

Ketika ini jelasnya, kerajaan Persekutuan dan negeri perlu ‘mempertajamkan’ persaudaraan dengan tidak menjadikan perbezaan politik sebagai jurang pemisah agar kehidupan rakyat lebih terjaga dan terbela.

“Masa PRN (Pilihan Raya Negeri) nanti, (nak lawan) lawanlah,” katanya yang memberitahu bahawa prinsip yang diterapkannya itu adalah berkonsepkan madani iaitu semangat kemanusiaan yang berteraskan nilai dan sebagainya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI