fbpx

Kementah buat siasatan dalaman kes kematian anggota tentera di Hutan Simpan Royal Belum

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ADLY Zahari (kemeja putih) menziarahi veteran tentera, Md. Narawi Md. Kassim, 67, yang mengalami kecederaan otak akibat kemalangan jalan raya.

LUMUT – Kementerian Pertahanan akan melakukan siasatan dalaman terhadap kejadian kematian seorang anggota tentera yang menjalankan operasi di Hutan Simpan Royal Belum, Gerik, selepas dilaporkan hilang pada 7 April lalu.

Timbalan Menterinya, Adly Zahari berkata siasatan itu perlu untuk mengetahui dan mengenal pasti apa yang sebenarnya berlaku sehingga menjurus kepada kematian mangsa.

“Kita mengucapkan takziah kepada ahli keluarga anggota pertahanan yang mengalami kemalangan itu dan kita dalam proses untuk melihat kembali apa yang berlaku.

“Walaupun laporan perubatan dan bedah siasat telah dikeluarkan mengenai punca kematian, siasatan (di peringkat Kementerian Pertahanan) masih tetap dilakukan.

“Kita akan maklumkan kepada semua pihak (hasil siasatan) dan saya yakin ahli keluarga pun mahu tahu apa yang sebenarnya berlaku,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menziarahi seorang veteran tentera yang koma selepas terbabit kemalangan jalan raya, di Taman Samudera, Seri Manjung di sini hari ini.

Media sebelum ini melaporkan, seorang anggota tentera Koperal Mohamad Nasri Mohd. Nasib, 33, dilaporkan hilang ketika sedang menjalankan operasi di kawasan pedalaman Hutan Simpan Royal Belum. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI