fbpx

Ke manakah semangat Ramadan pada bulan lain?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

Ramadan telah memasuki hari ke-23 dan tidak lama lagi Aidilfitri yang belum tentu tarikhnya. Pada Ramadan ini kita semua telah dipersembahkan kehidupan yang kita kenali sebelum Covid-19.

Beberapa tahun lalu, timbul kemarahan mengenai kenapa sembahyang di masjid dihadkan termasuk ketika Ramadan. Anehnya apabila dibuka, jumlahnya jemaah tetap tidak banyak berbeza.

Kepada kebanyakan kita, ramai masih ingat bagaimana terpaksa menjadi imam untuk tarawih dan solat sunat Aidilfitri. Ketika kemuncak Covid-19, hanya AJK masjid dan surau dibenarkan melaksanakan solat di rumah Allah itu.

Hari ini pintu surau dan masjid terbuka luas seperti setiap malam adalah Lailatul Qadar. Bukan sahaja masjid dan surau kembali bertenaga, bazar Ramadan juga kembali menjadi tumpuan.

Puluhan ribu gerai Ramadan dibuka di seluruh negara bagi memenuhi nafsu jutaan umat Islam yang berpuasa lebih 12 jam. Pengunjung bertali arus mengunjungi bazar-bazar ini untuk mencari sesuatu yang dapat memuaskan nafsu masing-masing. Penjual dengan gembira memenuhi keperluan naluri pengunjung dengan hidangan pelbagai juadah.

Tetapi seperti pada kebanyakan Ramadan, kecuali ketika ‘era Covid-19’, ratusan tan makanan terbuang sama ada dari bazar atau kedai persendirian. Makanan yang tidak habis sangat jelas kelihatan.

Rata-rata hotel dan restoran menerima kunjungan pengunjung yang baik, menjadikan jumlah tan makanan yang terbuang lebih tinggi. Pada hari biasa, berapa ramai sangat yang makan bufet. Sepanjang Ramadan, semua bufet.

Anehnya ramai mengadu hidup makin susah, barang naik harga dan tiada kekayaan tambahan. Mungkin itu juga punca jualan di bazar Ramadan tidak semeriah dahulu. Wang sudah dibelanjakan untuk anak-anak masuk sekolah. Kemudian tiba Ramadan dan Aidilfitri yang akan menipiskan buku akaun bank.

Tinjauan di beberapa surau dan masjid juga mendapati kutipan derma majlis berbuka juga tidak semeriah sebelum ini. Dahulu masuk sahaja beberapa hari Ramadan, papan pemberitahuan sedekah berbuka dan moreh sudah dipenuhi penderma. Hari ini, ada AJK terus meminta sumbangan.

Apa yang mungkin tidak berbeza Ramadan kali ini adalah keprihatinan kepada golongan anak yatim. Kebanyakan anak-anak yatim dan rumah kebajikan adalah ‘raja’ dan menerima undangan berbuka sehingga ada terpaksa ditolak.

Pengamal media juga tidak kurang mendapat terlalu banyak jemputan. Mungkin media dan anak yatim tidak ada bezanya. Mereka hanya diingati apabila Ramadan tetapi pada bulan lain ketika memerlukan sokongan, ia tidak tiba. Akhbar ini juga telah memaparkan keperluan rumah anak yatim ini selain juadah berbuka yang terlalu banyak.

Mungkin kerana Ramadan dianggap segalanya, maka tumpuan adalah pada bulan ini. Bukankah Ramadan itu seperti benih yang disemai yang mana buah dan hasilnya dirasai sepanjang 11 bulan yang lain. Seperti juga seorang petani, mungkin 10 benih yang ditabur tetapi tidak semua menjadi putik, pokok dan buah. Anda mungkin dapat membawa air kepada kuda tetapi anda tidak dapat memaksanya untuk minum.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI