fbpx

Kadar penetrasi Takaful Keluarga naik sebanyak 20.1 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Elmie Aman memberi penerangan tentang prestasi industri takaful di Kuala Lumpur kelmarin.

KUALA LUMPUR – Kadar pe­netrasi Takaful Keluarga telah meningkat sebanyak 20.1 peratus pada tahun 2022 berbanding 18.6 peratus tahun sebelumnya ekoran bilangan sijil yang berkuat kuasa berbanding jumlah penduduk Malaysia.

Pengerusi Persatuan Takaful Malaysia (MTA), Elmie Aman Najas berkata, pertumbuhan industri itu kini didorong oleh permintaan yang semakin me­ningkat untuk produk kewa­ngan Islam dan penerimaan masyarakat terhadap produk takaful sebagai skim perlindungan yang digemari.

Menurut beliau, industri ini juga telah mencapai kemajuan ketara dalam transformasi digital dengan ramai penggiat yang memanfaatkan platform dalam online untuk pengguna membeli produk dan pengendali takaful menguruskan produk masing-masing.

“Kita sedang menyaksikan permintaan tinggi untuk produk takaful yang mana semakin ramai rakyat menyedari tentang pentingnya memiliki produk untuk melindungi diri dan keluarga mereka daripada risiko kewangan.

“Bilangan sijil yang aktif pada tahun 2022 telah meningkat kepada 6.63 juta sijil berbanding 6.07 juta pada tahun 2021,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi taklimat media berhubung prestasi industri takaful 2022 di sini kelmarin.

Gambar hiasan

Elmie Aman menerangkan, pasaran Takaful Keluarga telah menunjukkan ketahanan yang kuat dengan sumbangan takaful tahunan bagi perniagaan baharu yang dikekalkan di atas paras RM2 bilion berbanding RM2.23 bilion pada 2021.

Jelas beliau, secara keseluruhan, industri perniagaan baharu Takaful Keluarga mencatat sumbangan kasar sebanyak RM10.06 bilion, naik sebanyak 18.3 peratus berbanding RM8.5 bilion pada tahun 2021.

Selain itu, perniagaan Takaful Am pada tahun 2022 telah membuat sumbangan langsung kasar sebanyak RM4.64 bilion, dengan perniagaan Takaful Kenderaan menyumbang sebanyak RM3.07 bilion dan perniagaan Takaful Kebakaran sebanyak RM0.84 bi­lion.

“Ini adalah peningkatan ma­sing-masing sebanyak 21.1 peratus, 20.7 peratus dan 23.5 peratus daripada prestasi pada 2021.

“Perniagaan Takaful Kende­raan kekal berada di posisi teratas dari segi campuran portfolio Takaful Am pada 66.2 peratus pada tahun 2022 berbanding 66.4 peratus pada tahun 2021 diikuti oleh perniagaan Takaful Kebakaran sebanyak 18.2 peratus.

Industri Takaful membayar sejumlah RM7.02 bi­lion dalam tuntutan bersih, naik 25.9 peratus daripada tahun sebelumnya iaitu sebanyak RM 5.58 bilion.

“Daripada jumlah tersebut, Takaful Keluarga mencatatkan jumlah pembayaran tuntutan bersih sebanyak RM5.53 bilion dengan pertumbuhan seba­nyak 23.09 peratus berbanding RM4.50 bilion tahun sebelumnya.

“Takaful Am mencatat jumlah pembayaran tuntutan bersih berjumlah RM1.49 bilion, naik sebanyak 38 peratus daripada tahun sebelumnya iaitu RM1.08 bilion,” terangnya. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI