fbpx

JIM Sabah hantar pulang 212 PATI warga Indonesia ke negara asal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seramai 212 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia dihantar pulang ke negara asal menerusi Program Pemindahan Tahanan PATI Siri 10 menerusi Pelabuhan Tawau, semalam. -Foto: Ihsan JIM Sabah

KOTA KINABALU – Seramai 212 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia dihantar pulang ke negara asal menerusi Program Pemindahan Tahanan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) Siri 10 menerusi Pelabuhan Tawau, semalam.

Ditahan di Depot Imigresen Kota Kinabalu, Papar dan Sandakan, semua PATI yang dipindahkan membabitkan seramai 192 lelaki, 19 wanita dan seorang kanak-kanak.

Keseluruhan PATI terbabit dihantar ke Pelabuhan Nunukan, Indonesia menggunakan pengangkutan laut.

Pengarah Jabatan Imigresen (JIM) Sabah, Datuk Sharifah Sitti Saleha Habib Yusoff berkata jumlah pecahan mengikut usia bagi kanak-kanak dalam pengusiran kali ini adalah membabitkan 12 tahun ke bawah manakala bagi dewasa dari 13 hingga 65 tahun.

“Kanak-kanak yang terbabit dengan penghantaran pulang adalah bersama ibu bapa, penjaga masing-masing dan penghantaran pulang semua PATI ini dengan kerjasama Konsulat Jenderal Republik Indonesia.

“Semua tahanan pada kali ini diusir melalui laut menggunakan pengangkutan Purnama Express dan Francis Express,” katanya dalam kenyataan media, hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI