fbpx

Jalan alternatif di Gua Musang beroperasi sehala mula esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JKR melaksanakan penyuraian trafik (jalan sehala) di laluan alternatif FT08 di Gua Musang, bermula esok. Foto AIMUNI TUAN LAH

GUA MUSANG – Jabatan Kerja Raya (JKR) melakukan penyuraian trafik dengan membuka jalan sehala di laluan alternatif jalan Gua Musang-Kuala Lipis bermula esok sehingga 2 Mei depan.

Ketua Pengarah Kerja Raya (JKR), Datuk Ir. Ahmad Redza Ghulam Rasool berkata, penyuraian trafik dari arah Lembah Klang bermula Tanah Putih di sini dilakukan bagi mengatasi masalah kesesakan jalan raya sekali gus mengurangkan kesesakan semasa perantau dari Lembah Klang pulang ke negeri ini.

Katanya, perubahan laluan trafik bagi jalan alternatif akan bermula esok sempena musim perayaan ini.

“JKR bersama pihak polis telah menjalankan satu program yang membolehkan sebahagian jalan akan jadi laluan sehala. Kita akan memasang penghadang dan termasuk tanda arah jalan sehala bermula malam ini untuk mengurangkan konflik kenderaan yang bergerak dari arah bertentangan.

“Selain mengurangkan lintasan kenderaan di persimpangan yang boleh menyebabkan konflik dan kemalangan, langkah ini adalah usaha JKR untuk mengurangkan risiko kemalangan dan meningkatkan lagi keselamatan pihak pengguna walaupun kita tahu memang ada berlaku kesesakan,” katanya kepada pemberita di Tapak Projek Lingkaran Tengah Utama (LTU) FT2747 di sini hari ini.

Ahmad Redza memberitahu, jalan alternatif terbabit juga sudah melalui proses pelebaran jalan bagi membolehkan pengguna melaluinya dan memenuhi standard jalan.

Katanya, memandangkan pembinaan Projek LTU subpakej 3BC dan 3D yang melalui laluan sedia ada di FT2747, satu jalan alternatif di FT08 (jalan lama) telah disediakan lebih awal bagi tujuan melencongkan kenderaan.

Pelan penyuraian trafik (jalan sehala) di laluan alternatif FT08 di Gua Musang, bermula esok.

“Lebar jalan bagi laluan sehala itu sebekum ini kira-kira tiga meter. Pada penghujung tahun 2021, kita melebarkan jalan berkenaan menjadikan sehala 3.5 meter dan dua hala menjadi tujuh meter. Ia sama dengan standard jalan contohnya dari arah Lembah Klang.

“Jadi, sekiranya pengguna kenderaan itu datang dari Lembah Klang melalui jalan dua hala di laluan alternatif in, terdapat beberapa lencongan dan jarak jauh sedikit iaitu enam kilometer berbanding jalan yang ditutup hanya empat kilometer,” katanya.

Menurut Ahmad Redza, beliau menjangkakan laluan itu sesak bermula Selasa depan apabila perantau mula bergerak pulang ke kampung halaman mereka.

Katanya, pihak JKR juga sentiasa membuat penyelarasan dengan pihak-pihak berkepentingan bagi mengurangkan impak terhadap pengguna jalan raya dan penduduk setempat semasa pelaksanaan projek. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI