fbpx

Isu rumah tangga belum berakhir, isteri Hafidz Roshdi hamil 10 minggu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Ketika masalah rumah tangga belum berakhir, isteri Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada Mohd Syukri kini berdepan dugaan berganda apabila hamil anak ketiga.

Usia kandungannya kini sudah memasuki 10 minggu iaitu sekitar tiga bulan.

Di sebalik rezeki tersebut, Shuhada mengakui berdepan tekanan emosi akibat semua masalah dihadapi, ketika ini termasuk isu pergolakan rumah tangga.

“Semalam, sewaktu ke mahkamah untuk mendapatkan hak, saya tak mampu menahan hati.

“Air mata mengalir tak hanti waktu saya  ceritakan pada mahkamah bahawa sedang hamil 10 minggu.

“Saya perlukan kekuatan daripada orang sekeliling dan dapatkan rawatan untuk masalah tekanan dan depresi yang sedang dihadapi sekarang,” katanya dalam satu perkongsian Instagram hari ini.

Dalam pada itu, walaupun menghadapi masalah depresi, dia tidak boleh mengambil sebarang ubat kerana khuatir memberi kesan kepada kandungan.

“Halangan terbesar sekarang ialah usia kandungan masih awal dan tidak boleh mengambil ubat hospital untuk kurangkan tekanan.

“Saya takut beri kesan kepada bayi dalam kandungan. Sekarang perlu berjuang tanpa ubat, tidak mudah tetapi kena kuat untuk anak,” jelasnya.

Shuhada juga mengakui laporan berita mengenai seorang wanita dalam pantang yang menikam leher sendiri baru-baru ini turut mencetuskan rasa takut dalam diri.

“Saya ada baca tadi kes mak berpantang yang tikam leher sendiri sebab terkekan, benar-benar takut.

“Kemudian tanya diri sendiri, mampukah saya hadap perjalanan ini. Saya nak terus sihat untuk Humairah, Umar dan adik (kandungan).

“Saya perlu kuat sebab nak lihat anak-anak membesar di depan mata dan kita susah senang bersama,” katanya lagi.

Berkongsi lanjut mengenai kandungan, Shuhada memberitahu doktor juga menasihatkan agar tidak berpuasa kerana boleh memberi kesan kepada bayi.

“Hari ini seharian saya menangis. Tadi di hospital saya jatuh pengsan dan doktor meminta saya buka puasa sebab tak cukup kuat dan boleh bahayakan kandungan.

“Saya termenung serabut, air mata tak henti-henti mengalir.

“Semua yang berlaku, saya terima walaupun payah nak telan termasuk dihina, dimaki, dikhianati, ditipu, dikasari dan kena hadap segala perjalanan dan dugaan yang ada ketika ini.

“Sempena malam-malam akhir Ramadan ini, Allah kurniakan pelangi untuk setiap ujian dilalui,” ujarnya lagi.

Terdahulu, kemelut rumah tangga pasangan berkenaan masih belum berakhir apabila Shuhada mendakwa Hafidz pernah melafazkan talak kepadanya menerusi mesej pesanan WhatsApp selain melalui panggilan telefon masing-masing pada 22 Januari dan 22 Februari 2023.

Susulan daripada itu, kes tuntutan pengesahan lafaz cerai dibuat Hafidz terhadap Shuhada ditangguhkan selepas sambutan Aidilftiri.

Sebelum ini, Shuhada juga dilaporkan mengalami kecederaan pada pipi kiri selepas ditumbuk oleh Hafidz dalam satu insiden pada 2 Mac lalu.

Kesalahan itu didakwa dilakukan berhampiran susur keluar Plaza Tol Sungai Buaya, Kuala Kubu Bharu pada pukul 3.22 pagi.

Untuk rekod, Hafidz dan Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu selain Humairah ialah Umar yang kini berusia 2 tahun. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI