fbpx

Mamak Cyber dekati pasaran, pembaca baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad Azlan (empat dari kanan) bersama Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Tune Protect Malaysia dalam Majlis Flag-off Gerilla Mamak Cyber Bersama Tune Protect di Menara Tune. -Foto oleh FARIZ RUSADIO/ KOSMO!

KUALA LUMPUR – Maskot Ma­mak Cyber yang terkenal sejak 26 tahun lalu menjadi antara langkah terbaharu Media Mulia Sdn. Bhd. dalam mendekati pasaran dan pembaca baharu khususnya anak muda.

Pengarang Kumpulan Media Mulia, Mohamad Azlan Jaafar berkata, syarikat itu yang menerbitkan akhbar seperti Utusan Malaysia dan Kosmo! perlu me­lakukan evolusi mengguna maskot Mamak Cyber yang sudah lama mempunyai pengaruh tersendiri.

Katanya, 26 tahun lalu, watak Mamak Cyber diperkenalkan dalam Utusan Malaysia yang pada ketika itu mempunyai edaran 600,000 naskah.

“Pada hari ini, angka tersebut digantikan dengan lebih 20 juta page view disebabkan pembaca akhbar juga pengikut media sosial dan teks digantikan dengan video dan kini TikTok.

“Walaupun dikenali sebagai syarikat akhbar, tetapi saya berharap kami akan menjadi syarikat digital yang menyediakan kandungan untuk menepati ke­perluan semua,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Majlis Flag-off Gerila Mamak Cyber Bersama Tune Protect di Menara Tune, di sini, hari ini.

Hadir sama Ketua Pegawai ­Eksekutif (CEO) Kumpulan Tune Protect, Rohit Nambiar dan CEO Tune Protect Malaysia (Tune Protect), Jubin Mehta.

Gerila Mamak Cyber bersama maskot Tune Protect iaitu T.P The Thumb menemui orang ramai di Bazar Ramadan Seksyen 13, Shah Alam dan Taman Tun Dr. Ismail, di sini, selama dua hari berturut-turut bermula semalam.

Program itu akan bermula pada pukul 5 petang dengan menampilkan penyanyi dan pelakon, Izzue Islam sebagai hos di dua lokasi tersebut.

Orang ramai juga boleh mendapatkan pelbagai tip balik kampung serta berpeluang memenangi hadiah menarik dalam program Gerila Mamak Cyber.

Tambah Mohamad Azlan, kerja­sama unik dalam penjenamaan dan pemasaran se­perti Gerila Mamak Cyber ber­sama T.P. The Thumb menjadikan syarikat se­perti Media Mulia mendapatkan pengikut baharu.

Katanya, beliau turut berharap lebih banyak kerjasama seperti ini diadakan agar Media Mulia menjadi antara syarikat media terbesar di negara ini.

Dalam pada itu, Jubin berkata, pihaknya sangat teruja dapat mengadakan kempen pengaktifan jenama bersama Media Mulia buat julung-julung kalinya.

“Kami teruja berkolaborasi dengan Media Mulia kerana mempunyai peluang ­mengakses orang ramai secara massa pakej insu­rans yang kami tawarkan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI