fbpx

Dua lans koperal parah ditikam pengedar dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhamad Zaki (dua dari kiri) menunjukkan pisau digunakan suspek dan dadah jenis pil kuda yang dirampas pada sidang akhbar di IPK Kelantan, Kota Bharu, hari ini. Foto KAMARUL BISMI KAMARUZZAMAN

KOTA BHARU – Dua anggota polis berpangkat lans koperal cedera parah selepas ditikam seorang pengedar dadah jenis pil kuda dan heroin semasa bergelut dengan suspek di tepi jalan di Kampung Siput Meranti, Pasir Mas, dekat sini semalam.

Dalam kejadian pada pukul 6 petang itu, Mohammad Arif Ismail, 28, cedera pada bahagian belakang badan dan luka di pergelangan tangan manakala rakan setugasnya, Aminullah Islahudin, 29, cedera parah pada lengan kiri selain luka di paha dan tangan.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, sebelum kejadian, kedua-dua anggota polis yang bertugas di Jabatan Siasatan Jenayah Nakortik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan, bersama beberapa anggota lain menyerbu kawasan berkenaan selepas menerima maklumat mengenai kegiatan pengedaran dadah.

Menurutnya, semasa serbuan dijalankan, anggota polis melihat seorang lelaki berusia 30 tahun membawa satu plastik di tepi sebuah motosikal.

“Anggota polis terus menangkap suspek sebelum berlaku pergelutan antara mereka. Suspek yang memegang sebilah pisau yang diubah suai bertindak menikam dua anggota terbabit sebelum lelaki itu berjaya ditahan.

“Pemeriksaan lanjut ke atas plastik hitam yang dibawa suspek menjumpai sebanyak 12,000 biji pil kuda dan 282.9 gram dadah jenis heroin yang bernilai RM232,000,” katanya pada sidang akhbar di IPK Kelantan, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Muhamad Zaki memberitahu, kesemua dadah itu itu boleh dijual kepada seramai 14,829 penagih sekiranya ia terlepas ke pasaran.

Menurutnya, ujian saringan air kencing mendapati kedua-dua suspek positif dadah jenis methamphetamine selain masing-masing mempunyai dua rekod lampau.

“Kedua-dua anggota polis yang cedera kini berada dalam keadaan stabil dan sedang dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu,” katanya.

Tambah Muhamad Zaki, suspek ditahan reman selama tujuh hari bermula semalam untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 307/186 Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI